Orang Kampung atau Orang Bandar
Bicara yang sering diutarakan oleh masyarakat, perihal pembahagian geografi yang aku lihat sebagai stereotype di Malaysia.
Bicara Orang kampung tidak pernah lekang dari persoalan betapa minda mereka yang tertutup atau konservatif. Baik dari segi pemakaian, pemikiran,pertuturan, tahap sosialisasi dan bayak lagi yang dikonsider sebagai kampung dan tidak cool seiring dengan zaman moden.
Bicara Orang bandar, lebih dilihat merupakan sebalik kepada bicara orang kampung, harus diingat bicara perihal Orang bandar perlulah tidak lepas dari bercorak materialistik dan pemikiran liberal.
Ironinya, apakah orang bandar itu bukan asalnya dari sebuah kampung?, maka, megapa struktur geografi yang pernah mereka diami, menjadi kritikan dan dilihat sebagai seperti suatu dosa. Saya melihat bahawa orang kampung ini juga adalah orang bandar.kenapa? Lihat sejarah,malas bukan..sebab itu berlakunya lupa diri bila kita tidak mahu menyedari hakikat yang pernah berlaku, sebagai suatu pertimbangan untuk apa yang sedang atau bakal berlaku.
Selain perbuatan mencerca atau menghina bukanlah menjadi tuntuan Islam, ia ada diingatkan bahawa bila tibanya akhir zaman manusia akan kembali seperti zaman awal kewujudan mereka. Jika dulu manusia hanya berbogel atau bercawat, apalah hendak dibeza kan dengan sekarang ini, yang rata2 menjadi perilaku Orang bandar. Tidak menolak pendapat yang dikampung juga terdapat perilaku sedemikian, terutama dikampung2 yang merupakan kawasan perlancongan. tetapi siapakah yang kampung dan apakah yang bandar?
seharusnya apabila yang bandar memasuki kampung dengan pakaian yang kununya moden, merupakan sesuatu yang seharusnya Orang kampung melihat sebagai ada orang yang zaman batu memasuki kampung mereka, maka merekalah yang bertamadun dan lebih maju jika dilihat dari sudut pemikiran islam yang syumul.
Namun, apa yang terjadi apabila orang Kampung masuk bandar ialah, mereka menjadi lebih bandar dari orang bandar. Atas pemahaman untuk menjadi orang bandar, mereka seharusnya lebih bersosial dan berfikiran liberal untuk menghadapi pancaroba ibukota. Hakkatnya, mereka terlupa yang sosialisasi turut berlaku di kampung, penghijrahan minda liberal tanpa bekalan yang kuat akan keyakinan konsep agama telah membuat mereka merasakan mereka terlalu bandar untuk mengaku orang kampung.
Jika dikampung tempat bersosial mugkin di kedai kopi kampung, tapi bila kebandar, duduk dan mnum secawan kopi di kedai kopi milik barat dianggap seperti mereka telah dibandarkan dengan secawan kopi. Karut, aku suka ketawa melihat perwatakan mengagong2kan kedai kopi luarnegara, ingatlah itu tidak membuatkan anda cukup bandar.
Walaupun, perbeaan antara bandar dan kampung biasa dilihat dari segi keewangan atau nilainya dalam ekonomi, kemudahan sistem2, kuantiti penduduk dan taraf pendidikan. Yang menjadi persoalan ialah, mengapakah perlu menjadi fokus untuk menilai dari segi berapa banyak kilang yang dibuka, apakah orang kampung tidak mampu untuk mempunyai pendidikan tinggi dan apakah pendidikan tinggi itu menjamin keperibadian tinggi. Pendidikan tinggi, hidup bertuhankan materialistik, mengambil barat sebagai contoh yang perlu diikut adalah satu kesilapan yang membuatkan orang bandar itu lebih kampung dari orang kampung.
bersambung....

nice one ayol..baru aritu aku debate dengan student dalam kelas ethics aku, die buat statement stereotype budak kampung tu jahat.
ReplyDelete