Sunday, February 13, 2011

kena kayuh laju sikit

yess, aku yang pilih benda ni,mana boleh lari dah. sekali buat mesti sampai habis, tiba-tiba aku rasa aku dah buat benda yang xpatut.

Aku pergi ke kursus anjuran tempat aku belajar ni:

Kursus memang okay,sebagai mana kursus-kursus lain,cuma pada waktu yang sama aku juga telah dituliskan name untuk pergi ke kursus di langkawi. Aku terpaksa tolak kursus ke langkawi dan letak pulak nama kawan. First yang xpatut ialah aku pergi kursus tu sampai aku xpergi kelas,memang xpatut dan sekarang,kelas yang aku tak pergi tu buat aku pening kepala nak buat tugasan dia,dah tak pergi kelas.Secondly, akibat dari kursus yang aku pergi tu,berduyun-duyun soalan aku dapat,semua berkenaan apa keputusan aku setelah datang kursus tu dan apa tindakan aku yang akan datang. kedua: disebabkan kursus yang dilangkawi aku tolak, maka orang yang mewakilkan aku untuk kursus ke langkawi telah datang jumpa dan bertanyakan jugak soal kursus yang lagi satu aku pergi.

Ye kursus ni dikatakan penting sebenarnya untuk menentukan sesuatu ditempat aku ni, hari demi hari datang dan bertanyakan aku soalan yang sama, tapi aku masih dengan jawapan untuk menunggu keputusan dari kursus itu. Ya, aku faham niat sahabat aku ni baik, sebab aku pernah disitu satu ketika. sekarang soalnya bukan lah seteruk seperti dakyah-dakyah yang di sumbatkan pada aku dan kursus itu pun tidak sebenarnya berjaya membentuk fikiran aku dan pegangan aku. Aku tawarkan kerjasama dengan sahabat aku ni, yang aku akan turut cuba membantu ideologinya jika keputusan adalah seperti yang tertulis.

Betul, kita sepatutnya tahu keputusan yang kita dah buat dan akibat kepada keputusan tu. tidak aku tak menyesal, walaupun aku tahu sukarnya nak laksanakan. tapi aku akan usaha dan berserah, kalau betul aku boleh tolong dengan cara itu Allah pasti akan membuka jalan.Semuanya adalah kerana Allah yang Esa

Sunday, February 6, 2011

Keputusan dan..

Keputusan merupakan sebuah pencapaian daripada apa jua asas permasalahan ,konflik. dan sudah pasti asas kepada setiap fenomena berkenaan tidak akan mencapai ke tujuan asalnya untuk mendapat kan kesudahan yang baik yang lebih seronok saya katakan berdasarkan keputusan baik dilakukan orang itu. (poyo)

sebenarnya aku rasa keputusan yang dibuat oleh setiap orang itu lah menentukan bagaimana penerusan kepada apa jua keadaan yang dibiarkan tergantung. sudah pasti hidup dalam dunia ini tidak pernah tidak,kita tidak akan boleh lari dari membuat keputusan dengan menggunakan diri kita sendiri dengan akal atau nafsu,bukan itu bicaranya disini.

yang ketama, seorang pembuat keputusan haruslah berada dalam kondusi positif, positif ada banyak kan, positif kan dari segi keyakinan diri,positif kan dari segi kemampuan minda anda untuk melakukan keputusan yang baik, memastikan antara positif dan negatif itu merupakan key factor yang perlu diterokai terlebih dahulu. tidak dapat disangkal pendapat yang mengatakan bahawa si polan A lebih bagus ketika membuat keputusan dalam masa yang singkat berbanding si polan B yang membuat keputusan dengan jangka masa yang lama. Sesetengah manusia memang telah biasa diberikan masa dan ruang untuk mereka berfikir panjang tentang keputusan yang bagaimana harus mereka lakukan,kondusi dan keadaan sekitar memainkan peranan penting untuk mereka. Tapi apakah salahnya kalau wang itu dijimatkan dan diberikan kepada rakyat Palestine,layari internet untuk setiap tempat bercuti sebelum membuat keputusan, sekiranya anda menghadapi keadaan yang tertekan untuk membuat sesuatu keputusan cuma bayangkan anda di tempat yang paling menenagkan anda dan membolehkan anda membuat keputusan dengan baik. sekurang-kurangnya anda tidak lah perlu mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikanya.

yang kedua ialah, apakah jenis keputusan yang terbaik untuk dibuat. pelbagai orang pelbagai ragamnya,pelbagai karenah nya.maka adalah mustahil untuk seseorang insan memenuhi kehendak semua orang tanpa mengabaikan sesiapa pun. jadi jadilah rasional dan terbuka ketika berfikir,jangan hanya mengharapkan apa yang orang itu buat pada kita,tapi apa yang kita buat tu ikhlas kah? percayalah sekiranya anda membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan lebih cool. Jadi anda perlu melihat dengan siapakah interaksi anda itu bejalan,apakah dianya kelihatan opotunis,apakah dianya pesimistic,apa dia nya sarcastik, atau dia hanya plastik.kah3. memang sukar kita mahu mengetahui siapa si polan a dan b. cuma kita cuba aplikasikan dalam sebuah dialog dimana anda boleh bermula bertanyakan soalan yang mudah,pastikan anda gunakan semua deria untuk meneliti pergerakkan itu.

usah biarkan diri anda terikut-ikut dengan rayuan si penjual ubat.
ini adalah perkara yang aku kira amat penting,sudah pasti sesiapa sahaja yang ingin menjual ubat(si pemujuk rayu) akan melakukan baranganya, sekiranya budu dan belacan itu merupakan ubat kepada penagihan rokok dan semua jenis penyakit yang lain,sudah pasti produk berkenaan akan meletop hingga ke antartika . jadi anda harus punya keteguhan dalam melaksanakan sesuatu keputusan tanpa memikirkan faktor penjual ubat.anda boleh mendengar tapi bukan terpengaruh, kerana takat aras atau batu dacingnya ada pada tangan anda.

pembuat keputusan tidak perlu terleka dengan setiap aspek yang peru dibuatnya,kurangkan membuat diri anda menjadi bahan manipulasi oleh penjual ubat,jika anda kurang bersedia,mereka sebenarnya menggunkan deria yang cukup baik dalam proses mempengaruhi anda untuk membuat keputusan sama ada dari segi verbal/non verbal. jangan mengangap keputusan yang mudah itu sebagai sukar kerana anda yang menyukarkan keputusan anda untuk menjadi nyata. janganlah sengkek mendatangkan dengan pilihan dalam membuat keputusan. tidak semestinya keputusan yang pantas tu tepat dan tidak semestinya yang lambat itu salah,rujuk lah dengan mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan jika menghadapi kesulitan

Fikirkanlah keputusan anda bukan sahaja diambil kira di dunia,tapi di akhirat juga,bagi mereka yang percayakan nirvana,anda juga tidak akan kecapinya. aku harap agar diri ku dan kalian dapat membuat keputusan yang bijaksana.