Tuesday, January 18, 2011

Jangan Bangkitkan Naga

Sudah berabad lamanya Sang Naga menghilang, ramai yang mencari untuk mendapat ilmunya, tidak kurang pula ramai yang memuja semangatnya supaya timbul dan sebati dalam diri-diri mereka. Namun tiada siapa menjumpai sang naga yang di katakan keramat untuk mendapatkan permata dari naga itu. Habis lautan direnangi, semua tasik dan hutan-hutan diredah namun semuanya sia-sia belaka. Saat terakhir naga itu kelihatan merupaan saat yang mengerunkan bagi setiap insan yang melihat kelibat amarah yang tidak terkira,merah mata sang naga mampu mengecutkan jiwa yang berani disekitarnya.
Sebelum pergi Sang Naga ada berpesan pada sang pujangga bahawa dia pasti akan kembali dan berlalu lah dia pergi meninggalkan pujangga terpingga-pingga dan tertanya-tanya terpaksa memegang rahsia darinya. Kehilangan sang naga umpama mati tiada kuburan telah melenyapan segala cerita-cerita tanpa khabar berita.

bersambung..


No comments:

Post a Comment